Isu dan kontroversi Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

1. Pada 21 Ogos 2014, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaku di Mahkamah bahawa terdapat kesilapan dalam sidang media pada 4 Mei 2013. Kes itu sehari sebelum Pilihan raya umum Malaysia 2013 mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Kenyataan maaf itu dibuat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamed di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, disaksikan Raja Nong Chik sendiri. Pada 17 Julai 2013, Nong Chik memfailkan saman terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.[4]